Monday, November 29, 2010

Tahukah Anda 2

Bersin, batuk, cegukan, berdengkur atau menguap pasti pernah anda alami. Ketika di kawasan berdebu, anda akan bersin. Lalu ketika menghirup sesuatu yang membuat nafas sesak, anda akan batuk. Kadang anda juga mengalami cegukan (sedu) yang berbunyi 'hik'.

Berdengkur juga boleh dialami siapapun. Satu lagi ketika mengantuk, anda menguap.
Kegiatan itu sering terjadi di luar kemahuan. Mengapa hal itu boleh terjadi? Secara ilmiah, hal tersebut boleh dijelaskan sebagai berikut :
  • Bersin

    Bersin merupakan aliran udara yang hebat melalui mulut dan hidung. Ini terjadi di luar kemahuan. Biasanya bersin terjadi kerana ada partikel pengganggu dalam hidung anda. Hujung-hujung saraf di dalam hidung merangsang anda bersin untuk menyingkirkan partikel-partikel tersebut.

    Penyebab lain adalah udara dingin atau selesema. Semasa selesema, banyak partikel asing di dalam hidung anda sehingga memaksa hidung merangsang bersin.

    Yang perlu anda tahu tentang bersin ialah kecepatan udara ketika anda bersin mencapai 166 kilometer per jam yang akan mengeluarkan sampai 100 000 butiran kecil lendir dan mikro organisme. Itu sebabnya, ketika bersin sebaiknya anda menutupi hidung dan mulut Anda kerana dapat membahayakan orang lain. 

  • Batuk

    Sama seperti bersin, anda batuk bertujuan untuk mengusir zat berbahaya dalam tubuh anda. Sama seperti bersin,yang terjadi  kerana ada partikel asing di hidung, maka batuk terjadi kerana ada partikel atau zat asing di dalam paru-paru atau kerongkong. Tujuannya untuk membersihkan paru-paru dari zat yang berbahaya ketika saluran pernapasan mulai terganggu. Batuk dapat pula menjadi upaya yang disengaja untuk membersihkan kerongkong. Batuk juga boleh menyebarkan kuman yang menyebabkan penyakit. Sebab tulah, sebaiknya ketika batuk, tutuplah mulut anda.
  • Cegukan (Sedu)

    Cegukan atau sedu terjadi di luar kemahuan atau tidak dapat dikontrol. Cegukan merupakan pengambilan udara secara mendadak yang disebabkan oleh kontraksi diafragma secara tidak teratur. Penyebabnya kerana gangguan organ-organ tubuh dekat diafragma. Kejang ini menarik udara dari paru-paru melalui laring, membentur epiglotis, menyebabkan pita suara bergetar. Oleh karena itu, akan menimbulkan suara ’hik’ ketika anda cegukan.
  • Berdengkur

    Semasa tidur, beberapa orang mendengkur. Suara kasar saat anda tidur ini biasanya disebabkan oleh pernafasan melalui mulut. Jaringan lembut pada langit-langit mulut berhampiran tengkorak akan bergetar kerana udara melaluinya ketika anda bernafas melalui mulut. Selain itu, bibir, pipi dan lubang hidung anda juga ikut bergetar. Posisi yang biasa menyebabkan berdengkur adalah tidur terlentang. Hal ini kerana mulut cenderung menganga dan lidah menghalang saluran pernafasan. Salah satu untuk mengelak dari berdengkur adalah dengan cuba tidur mengiring.
  • Menguap

    Ketika mengantuk, anda akan menguap. Mengapa anda menguap? Kerana paru-paru anda kurang mendapat oksigen. Dengan mengambil nafas dalam-dalam di luar kemahuan terjadi sebagai respon alami akibat tertutupnya paru-paru oleh karbondioksida atau kekurangan oksigen.

    Apa yang menarik, menguap juga boleh berjangkit. Jika anda melihat atau mendengar orang lain menguap, yang sering terjadi adalah anda ikut-ikutan menguap. Fenomena ini masih menjadi misteri bagi banyak ilmuwan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.